Sunday, 13 October 2013

post pmr

.....pantasnya masa berlalu, hari yg dinanti2 tiba jua, syifa balik rumah setelah sekian lama(cuti raya puasa) tu  dia tak balik rumah....kesian sgt kat dia, stress smpai demam2, rasanya dia lebih tenang di ting 1 dan 2 di Yale, naik ting 3 dia dimasukkan ke oxford( katanya cambridge dan oxford , 2 selected class). Itulah punca dia stress, bila duduk keles depan, expectation dari cikgu2 amat tinggi, ....the principal pressure the teachers and they pressure the students, SIAP kena SEPAK lagi bila PAI dpt 68. CIkgu sc pula siap beritahu, tak malu ke, mak awk dtg tiap minggu dpt result mcm ni?.....Dia demam akibat kena sepak .....Aku yg juga seorang guru amat terkesima, agaknya kalaulah guru2 ni mengajar di sek aku, cam ner lah agaknya??Sc dia pula asyik dpt 79 , satu markah je lg nak A, aku kenal Syifa , dia bukan jenis menghafal, aku yakin dia kan lebih cemerlang di Form 4 n 5 where all the concepts begin n not memorizing, Dari kecil dia sudah dididik dgn reasoning, as dia hanya akan ikut apa2 sahaja yang reasonnya betul n paling baik......anyway ibu doakan anak ibu yang satu ini menjadi harapan agama dan negara, cemerlang dunia dan akhirat, cantik akhlaknya di mata Pencipta dan makhluk!!! Amin ya Rabbal Alamain.....
       oooops sambung lagi,dia sanggup guna duit dia utk betulkan tali gitar ,isy isy, kalau dgn ibu  dia kan main kedekut.....

...ni la akibatnya kalau pandai beli gadget jer tapi tak reti nak jaga.....tgh buat experiment naper ada fugus dlm lens kamera????seperti kata Mr Right, dlm rumah ni tak der orag lain yang menjahanamkan barang , IBU AND SYIFA.......HU HU....


                                                       

dah , tak nak tension2 dah,.....Well,  THIS is the new addition to the family , nama manja, nowy or Snowy......and tara we have one more, Oligo
Adoiiiii, hilang Si siam Awang datang lak dua ekor ni......Bak kata Syifa, comeinya....suka tengok dia happy melayan budak 2 ekor nih....Well,have to stop nak cari kambing!!!!Surprise for the Aidil adha, hi3x Moga menjadi , setelah bangun jam 5 pagi mencari resepi2 nya anyway thanks tu raudah, ummikitchen dan banyak lagi blogger2 yang telah diexplore utk resepi2 ni.....

Saturday, 3 August 2013

Idols

...dulu sgt minat Prof muhaya; sekarang pun, dr mulutnya keluar lisan penuh ilmu dan hidayah, kini bertambah lagi idola di hati, prof mohd kamil n  wife roza roslan. Ya Allah , terima kasih kerana dipertermukan  dengan insan -insan ini walau di alam sesawang dan buku2 , cd mereka, ilmu mu tetap sampai Terima kasih Ya Allah!...



     Moga mereka diberi keberkatan hidup kerana tidak lokek berkongsi ilmu mencapai ketauhidan kepada Mu. Ketabahan, ketegasan , keyakinan , ke sungguhan/ketaksuban mereka dlm mencariMu amat meruntun jiwa. Cemburu bersarang di hati, dr jauh dgnMu kini amat dekat, bermaustautin pula di kota barakahmu dan nabawi mnjadi permainan sehari2, dlm membudayakan kalam Mu.....Moga kami jua diberi kesempatan spt itu.... Aminnn!.  

ramadahan 2013 1434hijrah

        Ramadhan yang sangat indah, walau sejuta ujian dan cabaran, terasa DiriMU rabb makin hampir dengan hambaMu yang hina ini. Doa yang tidak putus-putus moga yang terbaik Kau kurniakan buat hambamu. Tersinggung, tersepak  hati tidak bermaksud itu yang menjadi titik persoalannya, itu cuma laluan untuk mendapat keridhaan MU. Tidak tergamak untuk menyesali apa yang terjadi , bila ku kenangkan semua nikmat yang telah kau beri. .......Nikmat yang mana lagi harus aku nafikan. Terasa , ramadhan ini paling sihat, terima kasih Ya Allah, semasa sakit , puas aku irikan , melihat muslim yang lain mampu membuat tarawikh, puasa, qiamullail, sedang diri ini hanya iri dan  doa agar dapat menjadi spt mereka. Ya Allah , pernah aku sujud dan terus kelam, kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.....Pernah aku berjalan di pasarraya, akhirnya , dengan lelah terpaksa duduk dicelah2 barangan....kini aku mampu senyum ALHAMDULLILLAH, tidak seratus peratus , diri ini mampu sudah mengemas lebih kerap dari dahulu, yang mana aku hanya mampu melihat dengan penuh tak berdaya. Terima Kasih ya Allah, kini aku mampu jua menyediakan2 jenis penganan untuk berbuka, sudah mampu untuk masak dengan lebih kreatif;...DI MANA ini salah satu dari sejuta sbb mengapa Ramadahan dinanti2kan, mencuba resepi inovatif!.... dengan Satu TUJUAN, ramadhan yang kosong
pembaziran dan paling BERKAT!