Saturday, 3 August 2013

Idols

...dulu sgt minat Prof muhaya; sekarang pun, dr mulutnya keluar lisan penuh ilmu dan hidayah, kini bertambah lagi idola di hati, prof mohd kamil n  wife roza roslan. Ya Allah , terima kasih kerana dipertermukan  dengan insan -insan ini walau di alam sesawang dan buku2 , cd mereka, ilmu mu tetap sampai Terima kasih Ya Allah!...



     Moga mereka diberi keberkatan hidup kerana tidak lokek berkongsi ilmu mencapai ketauhidan kepada Mu. Ketabahan, ketegasan , keyakinan , ke sungguhan/ketaksuban mereka dlm mencariMu amat meruntun jiwa. Cemburu bersarang di hati, dr jauh dgnMu kini amat dekat, bermaustautin pula di kota barakahmu dan nabawi mnjadi permainan sehari2, dlm membudayakan kalam Mu.....Moga kami jua diberi kesempatan spt itu.... Aminnn!.  

ramadahan 2013 1434hijrah

        Ramadhan yang sangat indah, walau sejuta ujian dan cabaran, terasa DiriMU rabb makin hampir dengan hambaMu yang hina ini. Doa yang tidak putus-putus moga yang terbaik Kau kurniakan buat hambamu. Tersinggung, tersepak  hati tidak bermaksud itu yang menjadi titik persoalannya, itu cuma laluan untuk mendapat keridhaan MU. Tidak tergamak untuk menyesali apa yang terjadi , bila ku kenangkan semua nikmat yang telah kau beri. .......Nikmat yang mana lagi harus aku nafikan. Terasa , ramadhan ini paling sihat, terima kasih Ya Allah, semasa sakit , puas aku irikan , melihat muslim yang lain mampu membuat tarawikh, puasa, qiamullail, sedang diri ini hanya iri dan  doa agar dapat menjadi spt mereka. Ya Allah , pernah aku sujud dan terus kelam, kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.....Pernah aku berjalan di pasarraya, akhirnya , dengan lelah terpaksa duduk dicelah2 barangan....kini aku mampu senyum ALHAMDULLILLAH, tidak seratus peratus , diri ini mampu sudah mengemas lebih kerap dari dahulu, yang mana aku hanya mampu melihat dengan penuh tak berdaya. Terima Kasih ya Allah, kini aku mampu jua menyediakan2 jenis penganan untuk berbuka, sudah mampu untuk masak dengan lebih kreatif;...DI MANA ini salah satu dari sejuta sbb mengapa Ramadahan dinanti2kan, mencuba resepi inovatif!.... dengan Satu TUJUAN, ramadhan yang kosong
pembaziran dan paling BERKAT!